Kenapa Meja Slab Kayu Cengal Jadi Pilihan Premium Tahun Ini

 

Bangku Slab Kayu Cengal Handmade – Seni Kayu Asli Dari Bengkel Terengganu

Di sebalik dunia perabot moden yang serba plastik dan kilat, masih ada satu seni lama yang terus hidup — seni pertukangan kayu asli. Di bengkel kecil kami di Terengganu, setiap bangku slab kayu Cengal yang dihasilkan bukan sekadar tempat duduk, tapi hasil karya yang penuh jiwa.


Kenapa Bangku Slab Kayu Cengal?

Kayu Cengal bukan kayu biasa. Ia tergolong antara kayu keras paling tahan lama di Malaysia. Dikenali dengan tekstur unik, corak urat kayu yang natural, dan kekuatan luar biasa — ia menjadi pilihan utama untuk produk perabot tahan lama dan premium.

Setiap bangku slab kayu Cengal kami:

  • Dihasilkan secara handmade satu-persatu

  • Menggunakan kayu solid terpilih dari sumber sah

  • Finishing halus, rustic, dan sentuhan semula jadi (tanpa warna pelik-pelik)

Buatan Custom, Ikut Cita Rasa Anda

Kami bukan kedai perabot kilang. Kami adalah bengkel tempatan yang ambil masa untuk hasilkan setiap bangku ikut kehendak pelanggan. Anda boleh pilih:

  • Saiz & panjang bangku

  • Ketebalan slab

  • Reka bentuk kaki besi atau kayu

  • Finishing sama ada matte, semi-gloss atau natural oil

Inilah beza perabot custom handmade — setiap satu unik dan eksklusif. Sesuai untuk dekor rumah moden, kafe, homestay, atau ruang tamu ala Scandinavian.

Tempahan Dari Seluruh Malaysia

Walaupun bengkel kami terletak di Terengganu, kami menerima tempahan dari seluruh Malaysia. Ramai pelanggan kami dari Kelantan, Selangor, Johor, dan KL yang sanggup tunggu untuk dapatkan perabot kayu asli handmade kami. Untuk penghantaran, kami boleh aturkan runner atau transport ikut bajet anda.


Berminat Tempah? Hubungi Kami

Kami hanya buka tempahan bila stock slab Cengal tersedia. Setiap batch hanya 3-5 unit kerana ia ambil masa dan fokus.

📞 WhatsApp: 01110866007
📍 Lokasi Bengkel: Panji Alama, Kuala Terengganu
📷 Lihat koleksi: FB - Cengal Art / Pasok Art










Comments