Meja Slab 12 Kaki — Dari Bengkel Cengal Art ke Pelanggan Kelantan, Bersama Luka, Peluh & Cerita


Meja slab kayu solid sentiasa menjadi pilihan untuk ruang makan atau pejabat yang mahu menampilkan gaya premium dan tahan seumur hidup. Di bengkel Cengal Art, Kuala Terengganu, setiap meja slab dibuat secara custom mengikut kehendak pelanggan, dengan kualiti kayu asli dan sentuhan tangan tukang yang berpengalaman.

Projek kali ini? Meja slab kayu solid 12 kaki panjang, lebar 3 kaki, dan tebal 3 inci — ditempah oleh pelanggan dari Kelantan yang mahukan sesuatu yang unik dan tahan lama.

Setiap meja ada kisahnya. Tapi meja slab ini… kisahnya bukan sekadar tentang kayu, ia tentang kepercayaan, cabaran, dan sedikit humor.

Pelanggan memberi 100% kebebasan untuk aku reka bentuk meja, termasuk kaki. Tiada lakaran, tiada contoh gambar. Hanya kata:

“Saya serah 100% idea pada awak.”

Kayu slab yang digunakan bukan sebarang — panjang 12 kaki, lebar 3 kaki, tebal 3 inci. Beratnya? Perlukan 6 orang untuk angkat. Kalau 2 orang… memang “mampus” tengah jalan!

Bahagian kaki meja direka menyerupai akar kayu, memberi rasa kukuh dan organik. Seluruh proses — dari memilih kayu, memotong, kemasan, hingga pemasangan — mengambil masa 2 bulan.

Pelanggan sangat mudah berurusan. Lepas deposit, aku hantar gambar progress sekali je, terus setuju. Masa pemasangan, jariku tersepit kuat — sampai tercabut kuku. Sakitnya jangan cakap. Tapi bila meja siap, senyuman pelanggan buat semua rasa sakit hilang.

Akhirnya, meja ini meninggalkan bengkel Cengal Art, Kuala Terengganu menuju rumah baru di Kelantan. Bagi aku, ini bukan sekadar perabot — ia adalah karya seni yang menyimpan cerita, peluh, dan sedikit darah di baliknya.

potong kayu, pasang kaki, kemasan



Spesifikasi Meja Slab - Approximately 

  1. Panjang: 12 kaki
  2. Lebar: 3 kaki
  3. Ketebalan: 3 inci
  4. Material: Kayu slab solid asli
  5. Rekaan kaki: Bentuk akar kayu semula jadi
  6. Masa siap: 2 bulan
  7. Berat: Angkat perlukan 6 orang dewasa



Kenapa Pilih Meja Slab Cengal dari Cengal Art?

  1. Kayu slab asli & berkualiti tinggi
  2. Reka bentuk custom mengikut citarasa pelanggan
  3. Kemasan premium & tahan lama
  4. Pengalaman tukang kayu profesional
  5. Urusan mudah & telus


Berminat untuk tempah meja slab custom seperti ini?

📞 Hubungi kami sekarang: 01110866007

📩 WhatsApp terus: 01110866007

📍 Bengkel: Cengal Art, Panji Alam, Kuala Terengganu







Comments